3 Kelebihan Pemasaran SMS Yang Usahawan Perlu Tahu

Ramai usahawan menghadapi masalah untuk mengekalkan jualan produk-produk mereka kepada pelanggan yang sama. Bagi menghasilkan jualan pertama mungkin MUDAH bagi kebanyakan usahawan TETAPI untuk menjadikan pelanggan membeli secara berulang ia perlukan kaedah pemasaran yang lain.

Teknologi zaman sekarang banyak membantu para usahawan memudahkan aktiviti pemasaran perniagaan. Salah contoh medium terbaik masa kini adalah smart phone. Smart phone adalah  salah satu teknologi yang pantas berubah dari tahun ke tahun.

Pemasaran SMS Masih Relevan ?

Setiap teknik pemasaran yang di implimentasikan mempunyai ‘result’ yang berbeza-beza. Majoriti usahawan bergantung dengan saluran pengiklanan seperti media cetak, e-mel, video, dan jaringan sosial. Namun begitu, mereka kadang-kala lupa akan satu lagi saluran yang mampu diakses oleh ramai orang.

Kaedah pemasaran SMS ataupun sistem pesanan ringkas mungkin tidak sama popularnya jika dibandingkan dengan yang teknik pemasaran yang lain tetapi wajar dipertimbangkan bagi anda yang sedang memajukan start up atau perniagaan diperingkat awal.

Berikut adalah 3 Kelebihan SMS Apabila Anda Guna Untuk Pemasaran Bisnes Anda

  1. Kadar Kecepatan Buka Mesej SMS

    Psikologi manusia, apabila satu-satu SMS itu masuk ke dalam handphone, pasti mereka akan buka dan baca. Berbeza jika dibandingkan  dengan emel, ramai orang membukanya pada setiap hujung minggu atau setiap hujung bulan sahaja.

    Ini menjadikan pelanggan kita lambat mengetahui perkembangan bisnes kita. Lain pula cerita dengan SMS. Dalam masa kurang 3 minit selepas SMS dihantar, pelanggan kita akan terus buka dan membaca perkembangan atau promosi bisnes kita.

  2. Jarang Orang BUANG Mesej SMS Selepas Baca

    Jika kita membaca emel, kebiasaannya kita akan membaca TAJUK dan kalau kita TAK BERKENAN kita akan terus buang dalam THRASH box. Kadar emel dibuka juga sebenarnya ditentukan oleh tajuk emel yang kita tulis.

    Berbeza dengan SMS, sangat jarang sekali selepas kita membaca mesej SMS kita terus buang. Mesej promosi dan perkembangan bisnes anda masih tersimpan dalam handphone mereka. Ini memberi potensi untuk mereka akan membaca mesej kembali.

  3. TIDAK PERLU Kos Yang Banyak Setiap Bulan

    Pemasaran SMS adalah pemasaran yang menjimatkan. Ini kerana, kita hanya membayar kos apabila kita menggunakannya. Berbanding dengan pemasaran emel, kita terpaksa menanggung kos langganan setiap bulan. Malah setiap bulan, jika database kita semakin banyak, maka semakin tinggi kita membayar kos langganan autoresponder.

    Bagi pemasaran SMS, kita hanya perlu bayar apabila hendak menghantar SMS sahaja. Tetapi pada masa sekarang, sudah ada telco yang mula menawarkan pakej yang mempunyai UNLIMITED SMS. Bermakna kita hanya perlu bayar amount yang tetap kepada telco dan kita boleh hantar SMS tanpa had!

Kesimpulan

Usahawan perlu bijak memilih teknik pemasaran yang manakah berpotensi menaikkan sale pada kadar kos yang minimum. Jika 3 kelebihan sms yang saya kongsikan di atas menjadi sebab untuk anda turut memilih teknik pemasaran sms sebagai salah satu saluran pemasaran, saya sangat syorkan anda mencuba satu software keluaran dari MastaMobile ini yang bernama Software Automation SMS.

Saya telahpun membelinya dan saya sangat teruja untuk kongsikan kepada anda.

In sya Allah, jika diberi kesempatan saya akan kongsikan ke’poweran’ yang ada pada software ini kepada anda untuk post yang seterusnya. Sekian. Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge