3 Pilihan Menjana Pendapatan Pasif

Kebiasaanya perancang kewangan akan mencadangkan untuk menyimpan 10% sehingga 15% daripada

thumbnail

Kebiasaanya perancang kewangan akan mencadangkan untuk menyimpan 10% sehingga 15% daripada hasil pendapatan sejurus mendapat pekerjaan.

Itu yang biasa disarankan.

Hasil dari simpanan ini, jika kita istiqamah menyimpan selama 40 sehingga 50 tahun, ia cukup untuk mengganti 80% pendapatan sebagai pendapatan berpencen kelak.

Daripada simpanan itu nanti, pakar kewangan mencadangkan hanya 4% setahun dibenarkan untuk dikeluarkan sebagai perbelanjaan harian.

Sebagai contoh, nilai bersih simpanan wang kita di KWSP adalah sebanyak RM 100k. Jadi hanya sebanyak RM4k dibenarkan untuk dikeluarkan setahun.

Dari nilai 4% itu, simpanan akan bertahan selama 25 tahun.

Itulah nilai standard untuk pendapatan pasif secara minimum dari hasil titik peluh pekerjaan yang kita lakukan semasa kita bekerja.

Bagaimana untuk mendapat lebih pendapatan pasif lain dari pendapatan berpencen ?

Berikut ada beberapa saranan…

===================
3 idea pendapatan pasif
===================

1) Sewaan hartanah

Kebanyakan pelabur dalam bidang hartanah hasil dari pekerjaan sepenuh masa dapat menikmati pendapatan pasif selepas mereka pencen dari bidang sewaan hartanah.

Ada yang membuat rumah sewa di tanah kampung, membeli lot kedai, rumah-rumah taman dan sebagainya.

Idea ini mungkin memerlukan keberanian untuk melaburkan sejumlah wang yang besar sebagai permulaan.

Tetapi sampai suatu waktu kita akan merasai pendapatan pasif yang telah diusahakan semasa bekerja dulu.

2) Dividen saham

Pelaburan saham adalah antara salah satu pendapatan pasif yang baik.

Banyak syarikat korporat ada menawarkan dividen saham kepada para pelabur mereka.

Yang bagusnya dalam dividen saham ini anda boleh bermula dengan modal yang kecil dahulu.

Itulah salah satu maklumat yang saya dapat dari DVD Momentom Saham yang telah saya beli.

Anda boleh mulakan pelaburan saham dari modal yang kecil terlebih dahulu.

Jika anda ingin belajar selok belok saham dengan lebih efektif dari mereka yang berpengalaman, saya cadangkan anda dapatkan maklumat pada laman web ini http://rieclick.com/saham

3) Pendapatan dari perniagaan

Salah satu idea untuk menjana pendapatan pasif adalah dari perniagaan.

Anda boleh mulakan perniagaan konvensional dengan melantik pekerja untuk menjalankan perniagaan.

Ia agak sukar JIKA benar-benar ingin memperolehi pendapatan pasif.

Sudah semestinya anda perlu menanggung risiko dan perlu memberi sepenuh perhatian kepada perniagaan anda.

Anda boleh juga menjalankan perniagaan yang bermula dari modal yang sangat kecil melalui perniagaan berasaskan pemasaran jaringan.

Salah satu cadangan yang menjanjikan pendapatan pasif dan berterusan sehingga ia boleh diwarisi adalah dari perniagaan berkonsepkan telekomunikasi.

Anda boleh layari laman web ini www.pendapatanpasif.net untuk maklumat lanjut.

Sampai di sini dahulu post saya untuk kali ni.

Semoga maklumat ini membantu membuka minda anda untuk mulakan sesuatu bagi menjana pendapatan pasif.

Sila SHARE maklumat ini jika ia boleh membantu rakan-rakan FB anda yang lain dengan menekan butang SHARING IS CARING di bawah sekali.

Sekian. Terima kasih. 🙂

LEAVE A COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge