3 Sebab Orang Membeli Produk Anda

sebab-orang-membeli

Salam hormat kepada anda kerana sudi menjengah blog saya. Sedikit perkongsian informasi untuk anda hadam.

Bila kita bercakap tentang jualan, semestinya sebagai usahawan kita akan fikirkan keuntungan. Sesiapapun yang berniaga pasti fikirkan macam mana nak buat untung. Tetapi pada hakikatnya tidak ramai yang study bagaimana cara menjana keuntungan yang berkekalan dan berkali ganda.

3 Sebab Orang Membeli Produk Anda

Sebenarnya terdapat banyak sebab atau faktor orang akan beli produk kita. Saya kongsikan 3 sebab ini terlebih dahulu kerana ia merupakan sebab terpenting yang anda perlu beri penekanan pada setiap ayat iklan, surat jualan, one to one dengan prospek dan sebagainya.

 

  1. Produk Anda Mampu Membantu Mereka Menghasilkan Duit

    Pastikan produk apa pun yang kita jual mampu membantu pembeli turut sama membuat duit. Sebagai contoh anda menjual resepi tepung istimewa untuk ayam goreng. Pastikan ayat iklan anda mampu menangkap emosi bakal pembeli untuk membeli produk anda.

    Sebagai contoh ayat …

    ” Jika Anda Mendapatkan Resepi Tepung Istimewa Ayam Goreng Hari Ini, PASTI Bukan Sahaja Kanak-Kanak Yang Akan Suka, Malah Setiap Peringkat Umur Akan Suka Resepi Saya. Mereka Akan Membeli Ayam Goreng Anda TANPA InginĀ  Mencuba Ayam Goreng Peniaga Yang Lain. Anda Mampu Membuat Untung Berganda Kerana Keunikan Resepi Yang Ada Dalam Tepung Saya ”

    Ayat iklan di atas hanya sebagai contoh sahaja. Anda boleh olah ayat mengikut kesesuaian produk anda. Apa penting anda fokus kepada faedah yang mereka perolehi iaitu boleh buat duit jika mereka membeli produk anda.

    Jangan ketinggalan untuk anda tunjukkan bukti-bukti kejayaan pembeli yang telah berjaya menjana duit dari produk anda.

  2. Produk Anda Mampu Membantu Mereka Menjimatkan Duit

    Point kedua yang menyebabkan orang membeli produk anda adalah produk anda mampu menjimatkan duit mereka. Sebagai pembeli mereka ingin memperolehi sesuatu yang setimpal dengan apa yang mereka bayar. Jika anda mampu merealisasikan keinginan mereka untuk penjimatan duit, dah pasti produk anda akan menjadi pilihan utama.

    Sebagai contoh produk Tepung Goreng Ayam tadi.

    ” Jika anda membeli produk resepi tepung istimewa ayam goreng dari kami, anda boleh mendapat penjimatan yang dulu 3 kg ayam goreng anda gunakan untuk 1kg tepung, kini anda boleh goreng 5 kg ayam untuk setiap 1 kg tepung menggunakan resepi tepung istimewa keluaran kami. ”

    Anda dapat tak idea kat situ ?

  3. Produk Anda Mampu Membantu Mereka Menjimatkan Masa Mereka

    Zaman sekarang semua orang suka buat perkara yang instant. Semua perkara kalau boleh mereka ingin melakukannya dengan cepat termasuklah urusan jual beli. Rahsia kekuatan yang mampu menyebabkan perniagaan anda mampu bertahan lama sekiranya produk anda mampu menjimatkan masa pelanggan anda.

    Lihat sahaja contoh iklan Maggi. Hanya 2 minit dah boleh siap untuk dimakan. Bukankah itu satu penjimatan masa buat pembeli produk yang tiada masa untuk makan. Itu baru satu contoh.

    Kita hubung kaitkan sebab ke tiga ini dengan resepi tepung istimewa ayam goreng tadi.

    ” Jika anda mendapatkan tepung istimewa ayam goreng keluaran kami, anda tak perlu mengambil masa yang lama untuk mendapatkan rasa ayam yang rangup serta warna keemasan setelah ayam telah siap goreng kelak. Ia akan menjimatkan masa anda dan anda tak perlu mengambil masa yang lama di kuali kelak ”

    Bukankah ini akan menyebabkan mereka terasa ingin mencuba resepi tepung ayam goreng tadi.

 

Kesimpulan

Setiap syarikat yang konsisten memberi ke tiga-tiga kelebihan di atas boleh dikatakan asbab mengapa syarikat masih bertahan. Lihat sahaja Syarikat D’Herb (Terlajak Laris), produk keluarannya kebanyakkannya menfokus kepada ketiga-tiga faktor di atas. Jika anda dapat masukkan elemen-elemen seperti ini dalam setiap aktiviti pemasaran anda dah pasti jualan berterusan akan berlaku kelak. Insyaallah.

Sampai di sini dulu perkongsian saya kepada anda. Semoga memberi manfaat kepada perniagaan anda kelak. Terima kasih.

 

P/S : Anda ingin dapatkan idea bagaimana cara menjalankan perniagaan yang mampu memberikan anda idea yang lebih mantap ? Sila dapatkan secara percuma CD Bisnes Internet DI SINI !

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge