4 Tip Instagram Yang Berkesan

teknik-instagram

 

Nak tingkatkan jualan anda melalui Instagram ?

Mula-mula sekali kita perlu faham apakah fungsi sebenar Instagram. Kita “back to basic” untuk faham tujuan Instagram dicipta.

Pahatkan dalam minda kita, Instagram adalah salah satu media sosial untuk berkawan-kawan dan berkenalan antara satu sama dengan yang lain. Salah satu platform untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja, asalkan dia adalah manusia dimuka bumi ini.

Asas ini penting untuk kita fahami sebelum kita melangkah jauh mengenali potensi yang ada di Instagram.

Pada post kali ini saya ingin berkongsi 4 Tip Instagram Yang Berkesan.

1) Bina Strategi Kreatif Anda Dahulu

Pastikan anda mempunyai idea yang baik untuk ditawarkan. Berikan sesuatu yang berbeza kepada follower anda selain di Facebook dan Twitter. Tunjukkan secara latar apa yang anda lakukan dalam bisnes anda. Sebagai contoh tunjukkan lokasi bisnes anda dan aktiviti sekeliling anda.

2) Gunakan Hashtag # Secara Berkesan

Fungsi hashtag sangat berkesan digunakan untuk mengumpul semua konten tag yang sama dalam satu tempat. Hashtag yang menarik berpotensi menarik pengguna Instagram melihat gambar yang anda kongsikan. Gunakan sebaik-baiknya !

3) Rancang Berapa Kerap Anda Ingin Kongsikan Gambar

Anda TAK PERLU kongsikan setiap hari. Rancang untuk bilakah masa anda perlu post. Seeloknya pada jarak yang anda boleh recall post lama anda. Praktikan engagement dengan pengguna lain ! Sentiasa respon dengan menjawab soalan dan ucapkan terima kasih sebagai penghargaan.

4) Beri Perhatian Kepada Follower Anda

Jika mereka follow anda, anda juga harus follow mereka balik.
Berikan tanda HATI (suka) untuk gambar menarik yang mereka kongsikan. Minta follower anda untuk kongsikan gambar dan page anda. Bina engagement yang positif. Galakkan mereka gunakan hashtag anda atau tag instagram anda apabila mereka post gambar.

Saya harap sedikit tip ini membantu anda kelak. saya nak ingatkan kembali tujuan Instagram, ia wujud untuk kita bersosial atau berkawan-kawan.

Anda nak berniaga di Instagram ? Dah semestinya 4 tips di atas harus anda lakukan. Ada nilai tambah untuk anda yang nak berniaga di Instagram dengan cara tingkatkan jumlah follower dan dalam masa yang sama meletopkan jualan produk atau servis anda.

Anda nak tahu ? Sila lihat panduan bagaimana mendapatkan 10,000 real follower dan letupkan jualan anda menerusi Instagram dalam hanya 5 minggu DI SINI !

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge