5 Tip Berkesan Mendapat Jualan

Ramai peniaga ataupun ejen jualan sukar menghasilkan jualan ataupun 'close sale'

5tipclosesale

Ramai peniaga ataupun ejen jualan sukar menghasilkan jualan ataupun ‘close sale’ dari pelanggan ? Adakah anda juga menghadapi masalah yang sama ? Sebenarnya langkah paling sukar dalam proses jualan adalah untuk ‘close sale’ dari pelanggan.

Saya ingin kongsikan tip dari ALLBUSINESS dotcom tentang 5 taktik untuk menghasilkan jualan dengan jayanya.

#1 Jangan menjual dari mula

Elakkan terus melakukan secara hard sale ataupun menerangkan secara terus agenda anda sebenar. Lakukanlah jualan secara soft sale. Ceritakan dahulu kepada prospek apa yang anda jual serta apakah faedah ataupun manfaat yang bakal diterima oleh mereka kelak. Kongsikan serba sedikit pengalaman anda atau orang lain agar prospek merasa kebenaran, kejujuran serta yakin dengan manfaat yang bakal mereka terima kelak. 

#2 Pelajari cara mengenali kesediaan pelanggan untuk membeli

Tanda-tanda yang memungkinkan pelanggan ingin membeli adalah apabila mereka mula bertanyakan soalan tentang produk dan juga cara membeli produk. Sebagai contoh…” Berapa lama masa produk XX akan sampai ? ” ataupun mereka memberi respon ” Betul ke nie ” atau ” Bagus ni ” ketika anda menerangkan maklumat perniagaan.

#3 Elakkan memberi respon “YA” ataupun “TIDAK” kepada soalan prospek

Jawablah soalan prospek anda dengan soalan. Soalan yang ditanya hendaklah dipilih secara berhati-hati. Sebagai contoh soalan prospek ” Adakah produk XX ini berwarna hitam ? “. Anda bolehlah menjawab dengan soalan seperti ” Adakah anda berminat warna hitam ? ”

#4 Percubaan PERCUMA

Tip ini berpotensi memberi kesan paling positif terhadap jualan. Strategi ini sesuai digunakan untuk kebanyakan perniagaan.

Kebiasaannya kita dapat lihat teknik ini digunakan untuk melanggan majalah dan pelanggan memperolehi sebulan tempoh pelangganan secara percuma, bagi perkhidmatan internet pula pelanggan memperolehi keahlian 30 hari secara percuma dan contoh akhir sekali adalah penjualan kereta di mana pelanggan yang berpotensi akan ditawarkan pandu uji pemanduan.

#5 Cadangkan terma yang spesifik

Daripada anda bertanya soalan inginkah pelanggan membeli, lebih baik anda cadangkan senario pembelian yang lebih spesifik kepada mereka dan tanyakan adakah mereka bersetuju dengannya.

Sebagai contoh, ” Kami boleh menghantar 150 unit pada Selasa ini untuk RM 1000. Adakah anda hendak kami melakukannya ? ”

Jika prospek merasa tidak selesa dengan soalan di atas dan mereka ingin barang dihantar pada hari Isnin, pastikan anda mendengar secara jelas apa yang mereka inginkan serta cadangkan kepada mereka apa yang paling sesuai buat mereka.

Tetapi pastikan cadangan anda itu membuatkan prospek merasa ia adalah cadangan yang munasabah. Andai berlaku sebaliknya ia akan nampak seperti satu tekanan kepada prospek untuk membeli dan nampak seperti satu paksaan untuk mereka membeli. Ini bakal menggagalkan proses jualan kelak.

Dengan mempraktikkan ke lima-lima tip ini, ia bakal melonjakkan jualan anda di masa akan datang. Insyaa Allah.

=================================
Peluang Jana Pendapatan Pasif Dengan Handphone
=================================

Peluang ini masih terbuka dan masih HOT !

Usah sia-siakan bayaran bil bulanan dan prepaid bulanan hanphone anda TANPA mendapat apa-apa faedah.

Anda boleh mendapat penjimatan dari 30% ~ 50% bayaran anda.

Bukan itu sahaja .. ada lebih 10 faedah yang bakal anda perolehi kelak.

—> www.pendapatanpasif.net

BUKAN gimik dan BUKAN lagi rahsia.

Anda yang tentukan !

Yang pasti .. ia memberi faedah kepada anda sepenuhnya sehingga menyebabkan Tuan Azizi Ali (Pakar Hartanah Malaysia) pun telah menyertai perniagaan ini dan turut merasai faedahnya. Serius !

Sekian. Terima kasih. 🙂

Ikhlas;
Azeri bin Abdul Wahab
www.tunetalk2u.biz

P/S : Sila LIKE FanPage Projek Pasif Dari Handphone saya di http://rieclick.com/pendapatanpasif

LEAVE A COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge