Bagaimana Meningkatkan Trafik Menggunakan Kaedah Percuma ?

Setiap pemilik website memerlukan trafik pengunjung yang ramai ke laman web

thumbnail

Setiap pemilik website memerlukan trafik pengunjung yang ramai ke laman web mereka dan ada sesetengah pemilik laman web sanggup mengeluarkan modal yang besar bagi tujuan ini. Peluang menjana pendapatan di dunia online ni cukup luas dan tawaran untuk perkhidmatan membantu meningkatkan trafik website anda banyak ditawarkan di internet.

 

Ketika ini jika anda salah seorang yang mempunyai rancangan untuk meningkatkan trafik tanpa mengeluarkan satu sen pun, anda perlu memiliki pemikiran yang berdaya saing untuk berusaha keras dan melakukan sedikit  penyelidikan untuk meningkatkan trafik pengunjung ke laman web anda.

 

Alangkah bagusnya jika kaedah percuma untuk tingkatkan trafik ni dapat dipraktikkan. Walaupun sekarang terdapat banyak panduan serta tip telah dikongsikan oleh pakar-pakar pemasaran online. Ia TIDAK mustahil walaupun tanpa bayaran satu sen pun boleh anda mampu untuk meningkatkan trafik. Walaubagaimanapun anda masih boleh menggunakan kaedah berbayar untuk mendapatkan perkhidmatan meningkatkan trafik dari penyedia perkhidmatan jika anda mampu dan apa yang saya kongsikan ini sekurang-kurangnya memberi anda pilihan untuk kaedah percuma untuk meningkatkan trafik.

 

Peluang yang patut anda lakukan secara berterusan adalah melalui kaedah forum komuniti online. Apa yang menariknya tentang kaedah ini adalah anda boleh melakukan sasaran kepada kumpulan tertentu yang sesuai dengan latar belakang perniagaan anda. Melalui forum komuniti online anda boleh bertukar pandangan serta berbincang tentang sesuatu pasaran serta tawaran terbaru. Antara kelebihan yang lain pula adalah dari segi informasi yang anda perolehi serta anda boleh membuat persediaan awal untuk anda membuat perkongsia kelak.

 

Melalui komuniti online seperti forum memberi potensi untuk membina reputasi perniagaan anda. Kongsikan kepakaran anda kepada ahli-ahli forum lain agar dapat memberi manfaat dan dalam masa yang sama ia membina kepercayaan mereka kepada anda kelak.

 

Anda juga boleh menggunakan newsletter ataupun surat berita. Apa yang anda perlu lakukan adalah menyediakan produk katalog anda dan newsletter yang mudah difahami serta menarik kepada bakal pembaca. Setelah mereka berminat dan tertarik dengan newsletter anda, mereka akan berkongsi kepada kenalan mereka yang lain. Lebih ramai yang mendaftar untuk newsletter anda, maka lebih banyaklah jumlah trafik ke laman web anda.

 

Salah satu idea terbaik untuk meningkatkan trafik menggunakan kaedah percuma adalah bertukar-tukar link dengan webmaster yang lain ataupun dalam bahasa english dipanggil ‘link exchange’. Apa yang perlu anda lakukan adalah mendapatkan persetujuan dengan webmaster lain bagi mencapai tujuan ini. Melalui kaedah link exchange faedah situasi ‘menang-menang’ diperolehi antara satu sama lain. Setiap trafik yang datang ke website mereka mempunyai potensi untuk klik ke pautan web anda dan dalam masa yang sama melayari website anda. Kaedah ini bakal memberi impak yang baik, terutamanya kedua-dua website mempunyai niche yang sama.

 

Penulisan artikel juga mampu menarik perhatian dan minat kepada produk anda. Anda cuma perlu kongsikan tip dan panduan kepada pembaca lain. Artikel yang membantu dari segi perkhidmatan yang baik serta perkongsian ilmu kepada orang lain juga mampu menarik trafik ke laman web anda.

 

Banyak website yang menyediakan tawaran percuma menghantar artikel dan memaparkan artikel anda. Setelah mereka mencari artikel yang mereka minati, serta merta mereka ingin tahu siapakah penulis asal artikel itu . Apa yang anda perlu lakukan adalah meletakkan pautan ataupun terangkan serba sedikit latar belakang anda dan syarikat anda pada akhir artikel anda dan ia berpotensi untuk mendapatkan trafik ada di situ.

 

Penulisan artikel yang mempunyai isi kandungan yang baik bakal menarik perhatian kebanyakan enjin carian melalui kata kunci ataupun keyword yang sesuai. Tidak semestinya ia hanya mampu dilakukan oleh penulis artikel profesional malah anda juga mampu lakukan dengan cara menulis artikel yang informatif serta menarik sebagai perkongsian.

 

Secara amnya kebanyakan pengguna internet menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat. Enjiin carian akan memberi keputusan sesuatu isi kandungan artikel berdasarkan kata kunci yang digunakan. Dengan kata kunci yang betul, anda boleh meningkatkan kedudukan laman web anda di enjin carian tanpa sebarang kos.

 

Kesemua kaedah yang saya terangkan di atas bakal meningkatkan trafik website anda tanpa sebarang kos. Ia memerlukan sedikit usaha serta pelaburan masa anda sahaja. Pelajarilah pelbagai kaedah lain yang mungkin akan memacu trafik ke laman web anda tanpa membayar sepertimana kebiasaannya.

 

Jika anda ingin mencari pendekatan lain untuk meningkatkan trafik menggunakan kaedah percuma, saya ada sediakan 30 idea trafik secara audio video yang disampaikan oleh IM antarabangsa secara percuma dan ia bakal memberi idea kepada anda. Sila layari laman web ini http://rebizinfo.com/30videotrafikpercuma