Bisnes Online dan Offline Yang Boleh Diwarisi

Ramai yang beranggapan melakukan perniagaan online adalah mudah. Tanggapan ini berlaku

thumbnail

Ramai yang beranggapan melakukan perniagaan online adalah mudah. Tanggapan ini berlaku tanpa disedari sejak mula seseorang itu berkecimpung dalam bidang perniagaan online. Mereka berangan-angan untuk menikmati kehidupan yang bebas dari kekangan waktu 9-5 ataupun lari dari kumpulan golongan yang bekerja makan gaji.

Mengikut kajian dari pakar pemasaran internet ataupun usahawan internet, terdapat hanya 5% golongan yang berjaya melakukannya secara sepenuh masa.

Peratusan di atas bukan untuk merisaukan anda, tetapi itulah cabaran yang dapat digambarkan buat pertama kali bagi anda yang ingin mula berkecimpung dalam perniagaan internet.

Punca masalah yang agak besar untuk saya bincangkan pada post kali ini adalah disebabkan kurangnya motivasi diri.

Jadi saya ingin kongsikan 3 perkara motivasi diri yang utama bagi anda yang ingin menjadi usahawan online :

  • Menjadi peneraju utama perniagaan sendiri.
  • Menguruskan idea yang diperolehi dan melakukannya.
  • Jadikan budaya keusahawanan sebati dalam diri anda

Konsep Bisnes Pemasaran Jaringan

Saya tidak nafikan ada yang mempunyai pendapat yang berlainan tentang pemasaran jaringan ataupun network marketing. Mungkin mereka kurang setuju tentang apa yang saya bakal perkatakan pada post ini.

Saya benar-benar berharap anda yang membaca post ini berfikiran terbuka tentang cara bagaimana anda boleh menjana pendapatan yang boleh diwariskan secara offline dan online.

Dalam usaha anda untuk memilih syarikat network marketing manakah yang patut anda lakukan “all out” dalam pemasaran, di sini saya ingin kongsikan 3 penekanan yang anda harus lakukan sebelum anda membuat keputusan.

  1. Produknya MESTILAH produk keperluan sendiri.

    Setiap perniagaan memerlukan produk dan produk yang ditawarkan hendaklah yang sering digunakan oleh kebanyakan pengguna. Sebagai contoh SABUN. Siapa yang tidak menggunakan sabun. Hari-hari kita menggunakan sabun. Sebab apa…. sebab semua manusia secara fitrahnya sukakan kebersihan dan bau-bauan yang menyegarkan.

    Contoh lain yang boleh saya kongsikan adalah seperti prepaid. Siapa yang tidak menggunakan handphone kan ? Semua orang memiliki handphone. Bayangkan dari 27.4 juta rakyat Malaysia, pengguna handphone berdaftar adalah sebanyak 34.4 juta orang. Jika ia bukan satu keperluan dah pasti takkan terjadi statistik sebegini. Betul tak ?

    Jadi kita perlu study produk bagaimanakah yang ingin kita jual ?

  2. Jika perlu MAINTAIN penggunaan produk pastikan di bawah bajet bulanan kita.

    Kebanyakan penggiat network marketing pada mulanya teruja dengan pendapatan yang mengujakan kemudian kecewa dengan hasil pendapatan yang kian merudum dari bulan ke bulan adalah kerana konsistensi dalam jualan.

    Jika produk yang kita tawarkan agak tinggi pada pelanggan, ia amat menyukarkan untuk kita mengekalkan pendapatan berterusan. Bagi kita sendiri pun andai berbelanja melebihi bajet, suatu masa nanti kita akan fikirkan jalan alternatif untuk berbelanja mengikut bajet kita sendiri. Dari situ mulalah pelanggan beralih kepada produk yang lebih murah dan berkualiti.

    Jadi di sini, pemilihan produk yang mampu di ‘maintain’ oleh semua orang mengikut bajet mereka amatlah penting. Ia perlu flexible.

  3. KURANG ataupun TIADA service langsung dengan pelanggan.

    Takkan nak jual sabun pun perlu service kan. Hehehe…gurau jer.Pemilihan produk yang tak perlu ataupun kurang melakukan service selepas jualan juga perlu dititik beratkan. Jika dalam bidang perniagaan konvensional, service selepas jualan perlu dititikberatkan. Ini bagi mengekalkan kredibiliti dan kepercayaan pelanggan kepada perniaga.

Bisnes Online dan Offline Berpotensi Untuk Diwarisi – VIDEO

Peluang yang diterangkan secara video dibawah hanyalah salah satu pilihan yang boleh anda mula lakukan.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut melalui email sila klik sini !

Sila tonton video di bawah ini !

Landing Page Arrow

jomniaga

LEAVE A COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge