Blogging : Kaedah PERCUMA Pemasaran Internet

Apabila sebut pasal blog pasti mereka yang biasa bermain internet tahu apakah itu blogging. Dalam bahasa melayu juga disebut sebagai blog. Nak kata asal kata nama blog ni saya tidak pula melakukan kajian. Realitinya blog telah menjadi pilihan sekian lama dan akhir-akhir ini ia menjadi satu ketagihan bagi pengguna internet tegar. Dah lama kot…hehehe

Kebanyakan remaja kini menjadi blog sebagai satu medan untuk melepaskan perasaan mereka dan berkongsi kisah aktiviti kehidupan mereka asalkan ia boleh membuatkan mereka rasa gembira. Pemasar internet yang tegar menjadikan blog sebagai satu daripada kaedah percuma pemasaran internet. Bila dikatakan percuma dah pasti ia menjadi pilihan sesiapa sahaja yang faham tentang fungsi blog yang sebenar.

Apakah fungsi blog yang sebenar ? Blog adalah merupakan satu medium informasi pelbagai dan ia juga disebut sebagai web blog. Kebiasaanya blog ini digunakan sebagai online journal ataupun dalam bahasa melayu disebut jurnal dalam talian. Kalau nak dijelaskan lagi ia sebagai satu lapangan penulisan tentang kisah dan aktiviti kehidupan seseorang. Sesebuah blog boleh dibina tanpa melibatkan sebarang kos dan boleh digunakan sekadar suka-suka dan juga bagi tujuan perniagaan.

Untuk blog yang digunakan dalam perniagaan, ia merupakan satu cara untuk meningkatkan kewujudan produk dan perkhidmatan. Di sini saya ingin kongsikan bagaimana blog mampu meningkatkan pengiklanan internet untuk perniagaan.

  1. Klien ataupun pelanggan anda boleh mengikuti perkembangan perniagaan anda. Anda boleh memperkenalkan produk baru dan laman web affiliate melalui blog.
  2. Mudah untuk menjejaki setiap penerangan yang berkaitan objektif dan perancangan perniagaan. Setiap maklumat yang anda rakamkan mudah dicari dan diketahui oleh sesiapa sahaja yang melayari blog anda. Ia disimpan dalam archive dan mudah untuk di eksplorasi oleh mereka yang ingin mencari maklumat. Betul tak ?
  3. Cara mudah menyampaikan pendapat dan pandangan terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan anda.
  4. Memasukkan pautan pada setiap post anda bagi tujuan meningkatkan kedudukan web blog pada enjin carian. Setelah kedudukan web blog anda berada pada kedudukan yang terbaik maka ia bakal meningkat jumlah pelawat ke blog anda.
  5. Mengumpul setiap respon daripada komen pengunjung di blog anda. Anda mempunyai kelebihan untuk belajar daripada kesilapan dan cuba meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan anda hasil daripada maklum balas yang dilontarkan oleh pembaca blog anda.
  6. Mudah untuk menjalinkan hubungan dengan blogger yang lain. Apabila para blogger mendapati ada sesuatu informasi yang unik pada blog anda, mereka akan menyenaraikan blogĀ  anda dalam senarai blog yang disukai mereka dan dalam masa yang sama memasukkan pautan web blog anda pada blog mereka. Mudahkan !

Jadi…bagaimana anda ingin membina blog ? Perkongsian idea di atas memberi sedikit sebanyak pendedahan kepada anda tentang kelebihan blog yang mampu menjadikan pengiklanan di internet menjadi lebih menyeronokkan.

Tak kiralah anda menetapkan blogging menggunakan software ataupun menggunakan perkhidmatan hosting, saya cadangkan anda menggunakan perkhidmatan hosting yang popular seperti LiveJournal dan Blogger.com dan ia adalah percuma. Usah khuatir untuk menggunakan hosting ini kerana ia menyediakan arahan dan cara yang mudah untuk disediakan.

8 Comments

  1. ray ban rb5121No Gravatar

    Real nice ! Many thanks !

    Reply
  2. oakley sonnenbrillen herrenNo Gravatar

    Good job!

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge