Bolehkah Artikel Digunakan Untuk Membina Senarai Opt-In Email ?

Kejayaan memperolehi ramai pengunjung atau pelanggan anda melayari laman web anda

thumbnail

Pemasaran Email

Kejayaan memperolehi ramai pengunjung atau pelanggan anda melayari laman web anda seharusnya menjadi keutamaan bersandarkan kualiti produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan. Kepuasan pelanggan menjadi agenda utama agar pelanggan rasa berbaloi dengan wang yang mereka telah bayar. Perkhidmatan pelanggan juga perlulah yang terbaik supaya  mereka merasa satu kepuasan yang berterusan.

Salah satu teknik pemasaran yang berkesan untuk khidmat pelanggan adalah melalui pemasaran opt-in ataupun disebut sebagai pemasaran email. Melalui kaedah ini anda berpeluang memperkenalkan laman web dan produk anda mengikut kesesuaian waktu yang anda tentukan sendiri. Strategi pemasaran opt-in adalah satu strategi pemasaran yang memerlukan kos yang amat rendah serta tidak memerlukan masa yang lama. Melalui strategi ini anda boleh mendapatkan perhatian pelawat laman web untuk mereka menyertai setiap newsletter dan pelbagai alat bantuan promosi seperti katalog dan promosi percuma.

Pemasaran opt-in digunakan untuk menghantar email kepada subcriber anda. Email yang dihantar mengandungi mesej ataupun material tertentu kepada pelanggan anda. Strategi ini diperlukan untuk menjalankan aktiviti promosi yang boleh menarik minat pelanggan dan menjadikan mereka ternanti-nanti produk anda seterusnya. Cara terbaik menggunakan strategi ini adalah dengan memberikan sesuatu yang menyeronokkan, menghiburkan serta artikel yang berinformasi kepada pelanggan.

Artikel yang padat dengan informasi dapat membantu membina lebih ramai subscriber senarai opt-in email. Apabila mereka telah membaca satu contoh artikel menarik anda mereka akan menunggu apakah yang akan anda kongsikan pada artikel yang seterusnya. Penyertaan mereka dalam opt-in email anda secara lansung membuatkan mereka menunggu apakah tawaran anda kelak.

Kebanyakan laman web ataupun Webmaster tahu kepentingan artikel dalam membantu menaikkan kedudukan pada search engine optimization (SEO). Selagi mana ramai yang dahagakan informasi yang betul dan tepat, selagi itulah ia bakal meningkatkan aliran trafik pengunjung untuk melayari laman web anda. Jika trafik pengunjung meningkat, peratus jualan juga akan turut meningkat. Apabila jualan meningkat maka keuntungan juga bakal meningkat. Macam menarik kan!

Ada lagi beberapa perkara penting untuk menghasilkan artikel yang baik seperti informasi yang padat dan tepat serta pemilihan kata kunci ataupun keyword yang betul turut memainkan peranan penting. Artikel itu hendaklah sesuatu informasi yang majoriti pelayar internet mencarinya di search engine ataupun enjin carian. Jika anda menulis dengan pemilihan kata kunci serta penulisan artikel yang betul, insyaallah ramai akan masuk ke laman web anda mencari informasi yang mereka inginkan.

Penulisan artikel yang baik juga bakal meningkatkan reputasi laman web anda. Jika mereka berfikiran informasi yang mereka perolehi itu adalah tepat, mereka berpendapat bahawa ia adalah memang bidang memang kepakaran. Kajian yang mendalam sebelum menulis sesuatu artikel juga mampu meningkatkan kepercayaan mereka kepada anda. Apabila telah wujud kepercayaan dalam diri mereka, mereka akan terus merujuk kepada anda untuk sesuatu subjek yang mereka ingin ketahui.

Perkara lain yang perlu anda ambil perhatian adalah penulisan artikel yang berkaitan dengan bidang perniagaan anda. Jika perniagaan anda berkaitan dengan pemasaran internet, artikel anda juga hendaklah berkaitan pemasaran internet. Ataupun anda menjual produk fizikal seperti alatan terapi kesihatan, ia hendaklah dalam ruang lingkup berkaitan kesihatan. Kebanyakan artikel yang dicari adalah lebih kepada tips, panduan, kaedah, manual dan sebagainya. Jika anda banyak berkongsi artikel melalui cara ini, ia akan meningkatkan kepercayaan serta kredibiliti anda serta mereka akan merujuk kepada anda sebagai pakar untuk sesuatu produk itu.

Jangan lupa untuk meletakkan pautan ke laman web anda dan ini juga penting untuk bakal pelanggan anda mengetahui secara lanjut produk ataupun perkhidmatan perniagaan anda. Melalui artikel yang ditulis akan membantu mereka membuat keputusan untuk mendaftar dalam senarai opt-in email anda. Ini boleh menjadikan jumlah subcriber anda bertambah ramai dari masa ke semasa. Inilah yang ramai pakar pemasaran praktikkan.

Akhir sekali yang saya ingin pesan adalah anda perlu pastikan subcriber anda berpuas hati dan sentiasa menarik minat mereka dengan newsletter dan tawaran anda. Teruskan usaha untuk menulis artikel yang baik untuk laman web anda. Jika anda tidak berminat untuk menulis artikel disebabkan faktor kesibukan masa, terdapat ramai penulis artikel yang menjalankan perkhidmatan mereka diluar sana yang sedia membantu anda. Ia adalah satu pelaburan yang bakal memberi pulangan kepada anda kelak.

Sampai jumpa lagi di lain post yer.

Sekian. Terima kasih.

Peralatan Opt-In Email Yang Memberi Nilai Pada Wang Anda. TIADA Bayaran Bulanan, Bayar Sekali Untuk Seumur Hidup. Sila lihat DI SINI!!

1 Comment(s)

  1. Canada Goose Mens Heli-Arctic Parka Spirit | December 15, 2012

    Good information thank you closely monitor your success.

LEAVE A COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge