Facebook Kehidupan

Laman sosial seperti Facebook bukan satu medium asing bagi setiap pengguna

thumbnail

Laman sosial seperti Facebook bukan satu medium asing bagi setiap pengguna internet. Boleh dikatakan ia satu kemestian bagi kebanyakan mereka yang melayari internet untuk memiliki sekurang-kurangnya satu profile akaun. Siapa sangka dikalangan mereka yang bergelar nenek pun ada memiliki akaun Facebook. Pengaruh laman sosial paling popular ni cukup besar dan kadang² tu mempengaruhi kehidupan seseorang.

Bayangkan lah semua akan cuba mengemaskini status wall mereka. Setiap mesej yang disampaikan ada yang bersandarkan emosional ataupun luahan perasaan, menyatakan pendapat tentang sesuatu isu semasa, menyatakan perkara yang terkini yang dilakukan seperti makan, minum, melancong dan seumpamanya, menyampaikan mesej dakwah ataupun nasihat kepada rakan² Facebook mereka serta tak kurang juga mereka yang menjalankan perniagaan mereka untuk diperkenalkan kepada rakan online mereka.

Tak kiralah apa yang kita lakukan di Facebook kita harus lihat kembali tujuan kita melibatkan diri dalam aktiviti sosial di alam maya ni. Tidak semuanya tak elok dan juga takdelah semuanya elok. Pasti ada kekurangan dan kelebihan pada laman sosial ni.

Dari segi amalan menjaga kualiti sosial mungkin nampak kurang ‘high touch’ atau dalam bahasa lebih tepat yang boleh memberi kesan baik dalam hubungan silaturrahim. Cara berkomunikasi hanya melalui papan kekunci dan microphone, sudah pasti ia cukup berbeza jika berkomunikasi secara ‘face to face’ ataupun bersua muka serampang dua mata. Setuju tak ?

Realitinya Facebook kini berada nombor satu laman sosial paling popular di dunia dan yang kedua paling banyak dilayari oleh pengguna internet selepas Google. Ia memang tidak boleh disangkal lagi seperti mana yang saya terangkan pada pendahuluan post ini di atas di mana seorang nenek pun telah memiliki akaun Facebook.

Sebenarnya ia bukan sesuatu yang pelik jika ia berlaku pada dunia ni. Tiada apa yang mustahil jika perkara yang pelik terjadi hanya disebabkan Facebook. Ia boleh membuatkan kehidupan seseorang menjadi porak peranda jika tidak berhati-hati ketika bermain dengan Facebook.

Saya ingin kongsikan dua kisah yang berlaku hanya disebabkan Facebook. Saya perolehi kisah melalui sebuah laman blog SimfoniKasih.net. Saya ingin kita fikir sama-sama natijah daripada kisah ini.

1) Hilang Faedah Insuran Kerana Gambar

Nathalie Blanchard, wanita dari Quebec, yang memperolehi cuti sakit jangka panjang telah ditarik balik faedah bulanan yang diterimanya selepas meletakkan gambar dia sedang bergembira di Facebook. Wanita ini diberikan cuti dari pekerjaannya di IBM di Bromont kerana didiagnosis mengalami tekanan dan menerima faedah bulanan dari syarikat insuran The Manulife. Namun gambar yang menunjukkan dia berada di pantai, bergembira di pertunjukan Chippendales dan parti hari jadinya. Jadi syarikat insuran beranggapan yang dia tidak lagi mengalami tekanan dan berhenti membayar faedah kepadanya. Menurut Nathalie, dia telah memberitahu Manulife tentang percutiannya dan gambar itu bukan bukti yang mood-nya telah baik sepenuhnya.

Saya tak boleh nak tunjukkan gambar dia di sini sebab gambar percutiannya agak menjolok mata. Jangan marah aaa…

2) Gambar Dicuri Untuk Iklan

Sebuah keluarga dari Missouri telah mengambil gambar yang menarik untuk kad krismas mereka. Tetapi mereka tidak menyangka gambar itu akan muncul di suatu tempat yang mereka tidak sangka. Ya, imej versi besar tersebut telah ditemui oleh rakan kolej mereka di sebuah kedai makanan di Prague, Republik Czech. Foto mereka telah digunakan untuk pengiklanan tanpa kebenaran. Menurut pemilik kedai itu, Mario Bertuccio, dia mengambil gambar tersebut dari internet dan tidak menyangka ianya milik keluarga sebenar.

Kisah Facebook

 

3) Bertemu Keluarga Selepas 22 Tahun Diculik

Alex Anfuso, seorang lelaki Itali yang diculik oleh bapanya sendiri ketika berumur 5 tahun dan tinggal di Kaherah, Mesir selama 22 tahun dengan nama berbeza. Dia muncul di Facebook dengan mesej: “Nama saya ialah Alex. Saya sedang mencari keluarga saya. Saya sedang mencari ibu saya.” Pada 1987, ketika ibu Alex di penjara, bapanya melarikan dia dari Guidonia, Itali. Walaupun tinggal di Mesir selama 22 tahun, namun dia tidak mempunyai sijil kelahiran Mesir dan status penduduk di sana. Alex dapat berkongsi kisahnya dalam sebuah rancangan TV popular “Chi l’ha visto” (Who has seen them?”) dengan bantuan Pino Anfuso yang pada mulanya disangka saudaranya. Selepas kisahnya disiarkan, dia mendapat tahu bahawa ibunya telah meninggal dunia.

 

Bagaimana pendapat anda tentang kisah di atas ? Nampak gayanya ada yang positif serta ada yang negatif. Terpulang kepada anda untuk menilainya. Ini cuma adalah sebahagian kisah yang kita tahu berlaku di sekeliling kita. Mungkin ada kisah lain yang pelik dan lebih tragis serta memilukan yang berlaku.

Sampai jumpa lagi pada post yang lain. Insyaallah. Terima kasih kerana meluangkan masa anda membaca sampai habis.

Pakar Facebook

3 Comment(s)

  1. Tip Isteri Idaman | May 11, 2013

    Ewah ewah… pepandai jer dia karang… tah betul tah tidak… hehe gurau jer … best cerita nie .. thanks.

  2. Panduan Bisness Wanita | May 21, 2013

    Mmm kan ke baik kalau semua blogger camnie.
    .. saya suka post awak.. tahniah…
    Panduan Bisness Wanita recently posted…Panduan Bisness WanitaMy Profile

    1. Terima kasih kerana komen anda.

LEAVE A COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge