Minisite Dengan Blogspot Disediakan Khas Untuk Newbie

sample-bs2ms

Salam hormat rakan-rakan pembaca sekalian. Zaman sekarang ni kebanyakan mereka yang baru berjinak-jinak dengan internet marketing atapun dunia perniagaan internet akan didedahkan Facebook sebagai lubok untuk memulakan perniagaan.

Memang saya tidak nafikan bahawa Facebook merupakan pusat segala manusia yang wujud di alam maya dan berkumpul untuk bersosial. Ramai yang memulakan perniagaan mereka dengan Facebook. Terdapat pelbagai cara dan teknik pemasaran yang ada di Facebook.

Bukan sahaja Facebook malah ditambah pula dengan kewujudan sosial media seperti Instagram, Twitter dan sosial media yang lain menjadikan website, blog dan forum kurang mendapat perhatian.

Kenapa Website PENTING untuk anda miliki ?

Masalah kebanyakan usahawan zaman sekarang terutamanya yang baru berniaga kurang memberi fokus kepada website perniagaan sebagai salah satu medium pemasaran. Walhal website lah yang kebiasaanya dipaparkan oleh Google dalam enjin carian mengikut keyword tertentu. Amat rugi jika anda sebagai usahawan tidak memiliki website anda sendiri pada zaman ini.

Mungkin perkataan website terlalu am untuk anda ketahui. Sebenarnya terdapat beberapa jenis website pilihan untuk anda mulakan seperti blog yang anda sedang baca sekarang, e-commerce, forum, minisite, landing page, squeeze page, lead page dan beberapa pecahan website yang lain. Pada post kali ini saya ingin menekankan tentang kepentingan minisite untuk produk-produk anda.

Kecilkan Maklumat Produk Anda Menggunakan Minisite

Minisite merupakan salah satu laman web yang lebih FOKUS kepada satu-satu produk anda. Kebiasaanya para usahawan tempatan dan antarabangsa menggunakan minisite untuk menerangkan kelebihan produk mereka, tawaran yang prospek pelanggan akan terima sebagai contoh seperti diskaun, harga early bird, bonus dan lain-lain.

Kekuatan yang perlu ada pada minisite adalah pada bahagian penulisan surat jualan dan kebiasaanya pemilik produk pasti lebih tahu bagaimana ingin menerangkan keunikan produk, kelebihan produk dan tawaran yang anda ingin berikan. Andai kata anda mempunyai masalah dari segi membina surat jualan, anda serahkan sahaja kepada pakar surat jualan melakukannya untuk anda. Saya boleh cadangkan anda menggunakan khidmat Team Pemikat untuk bantuan segera.

Sebenarnya banyak kelebihan minisite dan implikasi kepada jualan anda. Perkara asas yang anda perlu tahu adalah minisite lebih mensasarkan kepada SATU masalah pelanggan dan dalam masa memberi jalan penyelesaian kepada mereka menggunakan produk dan servis anda.

percuma-berbayarMinisite Percuma vs Minisite Berbayar ?

Terdapat banyak pilihan untuk anda perolehi minisite sekarang ni. Anda boleh buat pilihan anda sendiri. Ia terpulang kepada bajet anda yang mahukan minisite berbayar ataupun minisite percuma. Pilihan yang ada pada seperti zaman sekarang tidaklah ketika saya mula-mula aktif dalam internet marketing, saya terpaksa mencipta sendiri minisite saya untuk membuat jualan. Saya belajar sendiri dan mula buat satu minisite kepada ministe yang lain.

Sejujurnya saya katakan, saya suka mencuba apa jua kaedah percuma dari mula saya berkecimpung dalam dunia perniagaan internet. Bila sentuh bab teknikal saya akan cuba buat sendiri semampu saya. Bab pemasaran internet juga begitu. Tapi saya tak nak sentuh bab pemasaran untuk post kali ini. Sila terus baca perkongsian selanjutnya…

BS2MS Versi 2.0 – Kini Tawarkan Minisite Gaya Profesional Guna Blogspot

Anda pasti telah sedia maklum bahawa Blogspot merupakan satu alternatif untuk newbie yang baru memulakan perniagaan di internet. Walaupun tujuan asal blog dicipta untuk para penulis seperti wartawan, jurnalis, travelog dan sebagainya untuk berkongsi pandangan dan pengalaman, namun kini minisite boleh dilakukan dengan blogspot. Sila lihat salah satu contoh daripada hasil minisite dari produk Pakej Blogspot 2 Minisite versi 2.0 yang dicipta oleh seorang usahawan daripada Ipoh bernama Tuan Boon Lee.

Apa yang menarik untuk versi terbaru ini ialah minisite yang responsif terhadap gajet yang selalu orang pegang iaitu Smart Phone. Website yang responsif lebih mendapat perhatian pada masa kini kerana lebih mudah dan senang untuk dilihat.

5 Kelebihan BS2MS Versi 2.0 Yang Patut Anda Ketahui

  1. 100% PERCUMA Seumur Hidup

    Blogspot TIDAK mengenakan sebarang caj untuk kos Domain & Hosting, jadi dengan wujudnya pakej ini anda dijamin 100% PERCUMA seumur hidup. Anda juga tak perlu khuatir membayar kos untuk servis teknikal seperti design minisite umpamanya, ini kerana BS2MS versi 2.0 telah menyediakan 50 responsif template untuk anda. Anda hanya perlu pilih sahaja !  Nak dapatkan template dan lain-lain sahaja anda perlu bayar pada kadar yang berpatutan dan masih dianggap murah. Anda boleh lihat produk ini di sini !

  2. TIDAK memerlukan Web Hosting

    Blogspot bukan platform web-base seperti website berbayar. Jadi anda TAK PERLU membayar sebarang kos tahunan atau bulanan dengan syarikat provider hosting. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mendaftar di blogger.com dan secara automatis anda boleh terus menggunakannya.

  3. Boleh Pasang Custom Domain

    Walaupun blogspot menawarkan URL percuma, anda masih boleh pasang domain custom sendiri. Contoh, menjadikan URL blogspot anda dari www.BLOG-ANDA.blogspot.com ke www.BLOG-ANDA.com

  4. TIADA masalah Server

    Anda tidak perlu bimbang tentang space web-hosting dan brandwitdh habis. Sebab, dengan Blogspot anda ditawarkan unlimited space (untuk simpanan gambar) dan bandwitdh tanpa sebarang caj.

    Dan, anda juga tidak perlu bimbang berkenaan isu server seperti server down atau masalah loading yang lambat seperti mana-mana masalah server yang pernah terbaca di mana-mana laman web.

  5. Manage Blogspot di mana sahaja

    Anda hanya perlukan talian internet sahaja untuk access ke blogger.com. Tidak kiralah di mana sahaja anda berada dan bila-bila masa dengan menggunakan desktop, laptop, tablet mahupun smartphone anda.

 

Testimoni Pembeli BS2MS versi 2.0

Berikut saya kongsikan beberapa testimoni pengguna produk ini…

Wah memang saya tidak sangka dengan menggunakan produk BS2MS ini saya dapat hasilkan minisite yang sangat-sangat cantik bagi diri saya yang baru newbie…ia mengambil masa yang sangat singkat untuk install sistem ini….saya amat berpuas hati .ini baru yang percuma belum beli yang full pakej lagi…BS2MS terbaik bagi saya.” ~ Firdaus Hassan

 

Hi.. first thing first. i would like to thanks to u! 🙂 before this, I was hardly searching minisite template for blogger so i gave up. But after i saw ur site, i was surprise that the minisite template for blogger is really exist! thanks to u! so let me share with u my work!” ~ Peter Quashkeen

 

Sangat simple template ini. Hanya 15 minit saya berjaya hasilkan misite yang menarik. Rugi kepada yang masih belum mencuba. Terima kasih kepada Tuan Boon kerana memudahkan kerja saya memasarkan produk.” ~ Nik

 

Saya amat bersyukur sebab ade system macam ni, sangat mudah dan jimat, saya tak sabar nak beli yang full pakej berserta dengan domain name.. saya sarankan, kepada anda yang masih tak mampu nak buat website, buatlah dulu blog seperti ini.. Insya Allah nampak hasilnya” ~ Muhammad Akmal

 

Jika anda berminat ingin dapatkan produk ini, sila layari  http://rebizinfo.com/pakej-blogspot2minisite

 

Kesimpulan

Usahawan yang bijak sentiasa memikirkan bagaimana untuk menjimatkan kos dan dalam masa yang sama meningkatkan keuntungan bagi setiap jualan. Tidak mustahil objektif itu anda akan capai dengan memiliki minisite anda sendiri. Ini mungkin salah satu idea sebagai pilihan untuk anda belajar bagaimana menjimatkan beribu-ribu duit untuk menguruskan website jualan anda.

Kesedaran untuk penjimatan kos di zaman mutakhir kini perlu diberi perhatian dengan meningkatnya kos sara hidup, harga barang yang melambung tinggi dan lain-lain keperluan asas yang semakin memberi tekanan dalam kehidupan memungkinkan idea yang ada dalam Pakej Blogspot 2 Minisite versi 2.0 ini MAMPU membantu perniagaan anda kelak.

Sampai di sini dahulu perkongsian saya pada kali ini. Semoga post ini memberi manfaat kepada anda. Saya mohon sekiranya maklumat pada blog ini membantu anda, sila SHARE informasi ini dengan cara klik mana-mana butang sosial media yang ada di bawah ini !

Sekian. Semoga berjumpa lagi. Insya Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge