Promosi Website Secara PERCUMA….Kenapa Tidak ?

Salam hormat kepada anda yang sudi menjengah blog ini. Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda cara percuma mempromosi website anda.

Pertama sekali saya ingin bertanya kepada anda, pernahkah anda mempromosikan website anda melalui kaedah percuma ? Jika pernah…adakah ia memberi kesan kepada anda ? Di sini saya ingin memberi penekanan sedikit bahawa dalam apa jua bidang perniagaan tidak kiralah¬† secara online ataupun offline 90% adalah merangkumi aktiviti promosi. Walau secantik manapun rekaan website, blog ataupun surat jualan anda jika TIDAK melakukan promosi ia adalah sia-sia.

Bagaimana melakukan promosi website secara peruma dan apakah kaedah yang sesuai sebenarnya ? Apa yang perlu anda lakukan ?

1) Ketahui Teknik Berforum
Salah satu sebab mengapa forum diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada ahli forum membuat promosi website secara percuma. Log in, aktifkan diri anda di forum secara konsisten dan buatkan mereka tahu tentang kewujudan website anda. Dalam masa yang sama anda sebenarnya akan menarik pelawat ke website anda.

2) Penulisan Di Press Release
Serlah bakat penulisan anda yang boleh membantu mengiklankan website anda. Ini adalah cara percuma dan anda boleh melakukan bila-bila masa sahaja. Menulis satu hingga dua perenggan sudah memadai seterusnya menghantar email kepada rakan-rakan, internet e-zine, surat khabar lain-lain media digital yang boleh menarik pelawat ke website anda.

3) Menjadi Peramah dan Beramah Mesra Secara Online
Jangan salah faham dengan teknik ini sebab untuk melakukan promosi website secara percuma anda perlu menjadi seorang peramah dengan webmaster ataupun pemilik website yang lain. Kukuhkan hubungan dengan webmaster lain dan jangan malu untuk meminta kebenaran untuk meletakkan link serta membuat pertukaran link secara suka sama suka.

4) Penulisan Artikel
Saya beri andaian bahawa anda merupakan pemilik website yang berkaitan pelancongan. Anda tulislah artikel yang berkaitan tempat pelancongan menarik di dunia. Melalui penulisan itu anda sertakan nama website anda sepintas lalu pada isi kandungan artikel anda. Dengan cara ini boleh meningkatkan jumlah pelawat ke website anda kelak.

5) Buatkan Seluruh Dunia Mengenali Website Anda
Apalah maknanya promosi website anda secara percuma TANPA dari pengiklanan mulut ke mulut ataupun word of mount. Sertakan laman web anda pada setiap perbualan dan biarkan berita baik tersebar dari mulut orang lain.

6) Pengiklanan Banner
Buat satu banner di laman web anda dan mula mencari pemilik web yang melakukan perkara yang sama dan mula lakukan pertukaran banner secara suka sama suka.

7) Sediakan Kursus  Mempromosi Website Secara Percuma
Ya ! Memang terdapat banyak tutorial cara mempromosi website di luar sana. Tetapi tidakkah anda tahu melalui kursus percuma mempromosi website juga membantu anda. Salah satu cara mempromosi website secara percuma adalah seperti program daftar untuk newsletter yang dihantar secara berkala kepada pendaftar.

Itu sahajalah perkongsian saya untuk cara mempromosi website secara percuma di mana saya sendiri lakukan sehingga ke hari ini. Tak salah juga jika anda pilih melakukan promosi secara berbayar. Ia terpulang kepada anda. Jumpa lagi !

Sekian. Terima kasih.

3 Comments

  1. Tips Pemasaran FacebookNo Gravatar

    Saya terpaksa berterus terang… yang saya kurang bersetuju dengan pedapat awak.
    . camna pon idea awak memang benar.. saya hormat
    awak atas penulisan ni
    Tips Pemasaran Facebook recently posted…Tips Pemasaran FacebookMy Profile

    Reply
  2. Tips Bekerja Di RumahNo Gravatar

    Saya agak cerewat dalam menerima pendapat.

    .. tapi setelah membaca karya nie… saya rasa … saya perlu bersetuju dengan awak.
    .. tahniah atas persembahan idea yang menarik…
    Tips Bekerja Di Rumah recently posted…Tips Bekerja Di RumahMy Profile

    Reply
    1. GoravNo Gravatar

      Great airctle, thank you again for writing.

      Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge