Sedekah Amalan Magnet Rezeki

Amalan bersedekah adalah amalan yang diperintahkan Allah untuk sama-sama kita amalkan. Ramai yang KURANG YAKIN tentang kelebihan bersedekah yang boleh menjadi Magnet Rezeki bagi kehidupan mereka. Masalah keyakinan tentang kuasa yang ada pada amalan bersedekah ini pernah terjadi dalam kehidupan saya sendiri.

Mungkin anda sendiri mempunyai pengalaman  yang sama seperti saya. Boleh dikatakan saya TIDAK YAKIN amalan sedekah boleh menambahkan rezeki saya. Selama mana saya tidak yakin itulah, selama tu saya rasa hidup tak tenang dan pelbagai masalah muncul.

Rezeki Milik Allah

” Rezeki Allah yang pegang. Minta dengan Allah dulu! “

Amalan bersedekah adalah satu amalan yang sangat digalakkan bagi kita sebagai umat Islam.

Tidak berkurang rezeki seseorang melainkan bertambahnya rezeki. Allah Maha adil tentang rezeki bagi setiap makhluk ciptaan.

Pernahkah berlaku kepada kita senario di mana peminta sedekah yang datang kepada kita ketika sedang makan di restoran ataupun kedai makan. Persepsi pertama kita akan menentukan adakah kita suka bersedekah ataupun tidak.

Jika kita berasa kasihan dan terus berniat ingin bersedekah, itu menunjukkan kita seorang yang suka bersedekah.

Andai kata persepsi pertama kita seperti tidak menyenangi kehadiran peminta sedekah, seelok-eloknya amalan yang harus kita amalkan ialah kita memperbanyakkan istighfar kepada Allah.

Ataupun, pernah tak anda mengalami situasi seperti kucing yang datang seperti merayu kepada anda ketika ada sedang makan. Ada sebahagian orang yang akan menolak atau menempis kucing agar pergi jauh dari kita.

Jika kita beranggapan bahawa kucing itu hadir disebabkan ujian Allah untuk melihat sejauh mana keyakinan kita terhadap amalan sedekah, in syaa Allah pasti ia bakal menjadi magnet rezeki jika kita dengan mudah memberi makanan kepada kucing tersebut.

 

Memberi TANPA Mengharap Balasan

Kita sering tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati semoga kita mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah kita berikan.

Kalau orang tua-tua dulu memberi perumpamaan “Buruk Siku” jika kita beranggapan demikian. Seelok-eloknya jika tangan kanan kita memberi, tangan kiri kita tidak tahu,

Sesungguhnya jika kita memberi sedekah TANPA mengharapkan balasan itu adalah  LEBIH MULIA amalannya disisi Allah berbanding mengharapkan balasan.

Allah ada menyatakan dalam firmannya :

“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]

 

Amalan Magnet Rezeki

Baru-baru ini, salah seorang usahawan bernama Fahmy Adam yang berjaya dalam perniagaan telah melancarkan wakaf ilmu tentang amalan murah rezeki yang beliau sendiri telah amalkan.

Hasil dari amalan Magnet Rezeki yang beliau sendiri lakukan secara istiqamah telah memberi kejayaan yang beliau sendiri tidak sangka. Kejayaan cemerlang beliau terkini adalah memiliki dan menguruskan 3 syarikat bertaraf Sendirian Berhad (SDN. BHD) dalam bidang hartanah dan aset digital dari dalam dan luar negara telah menjadi asbab Allah memberi kemurahan rezeki kepada beliau.

 

Ebook Magnet Rezeki 2017

Sedekah adalah salah satu dari amalan yang dikongsikan dalam Ebook Magnet Rezeki 2017. Kebanyakan tip dalam buku-buku berkenaan kewangan Islam biasanya menekankan amalan sedekah sebagai jalan keluar untuk semua masalah. Sedangkan kita dalam musibah kesakitan sekalipun, Islam menganjurkan agar kita lebih banyak bersedekah. Inikan pula masalah-masalah kekurangan wang, masalah bergaduh suami isteri, anak lari rumah dan sebagainya.

Banyak rahsia dinukilkan dalam Ebook Magnet Rezeki ini. Alhamdulillah saya telahpun mendapatkan ebook ini dan saya anggap inilah wakaf ilmu terbaik yang ditulis sendiri oleh Tuan Fahmy Adam.

Testimoni Ebook Magnet Rezeki 2017

Berikut saya kongsikan beberapa testimoni pembaca Magnet Rezeki.

Testimoni 1

“Alhamdulillah. Saya dah baca dua kali. Rugi siapa yang belum baca lagi. Seperkara lagi yang bestnya ebook magnet rezeki sifu Fahmy Adam bukan sekadar ilmu kerezekian, malah dipakejkan dengan tools urus sistem kewangan, rahsia pairing kewangan, rahsia unlimited income, financial mobile, cashflow & kalkulator.. Semua ni saya belum jumpa lagi dalam buku atau ebook niche rezeki yang pernah saya beli.”

– Zolkie Baki – Sintok, Sarawak

 

Testimoni 2

“Penulisan yang santai dari segi pembacaan tetapi terus menusuk ke hati. Ini lah ebook berkaitan agama yang saya tidak sakit kepala apabila di baca tetapi memberi kesedaran yang mendalam. Saya sangat suka dengan kupasan Ar-Razzaq,nikmat dan bahagian rezeki. Sangat besar nilainya ilmu yang dikongsi dalam ebook ini jika nak dibandingkan dengan harganya. Semoga Allah memberikan keberkatan dan kebahagiaan kepada tuan sekeluarga.”

– Atiqah Hanum – Kuala Lumpur, WP

 

Testimoni 3

“Akhirnya ebook Magnet Rezeki telah sempat saya baca dan banyak manfaat ilmu mengenai rezeki yang sebenarnya sungguh mengujakan. Saya amat sarankan anda semua baca ebook Magnet Rezeki yang penuh dengan cerita kisah pengajaran menarik, hikmah, petua, doa dan amalan menjemput rezeki. Mudah-mudahan kita dapat meraih keberkatan Allah baik di dunia dan juga di Akhirat.. InshaAllah.”

– Khairul Nizam – Klang, Selangor

 

Manfaat lain-lain tentang Ebook Magnet Rezeki ini, in syaa Allah saya akan kupaskan pada siri post yang lain. Kalau anda ingatkan saya, saya memohon anda tolong doakan saya juga agar dimurahkan rezeki serta dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat. Aaaminn Ya Rabbal A’laminn.

Oh yer….sebelum saya terlupa, jika anda berminat untuk mendapatkan ebook yang saya kongsikan di atas anda boleh KLIK DI SINI sekarang !

Sekian. Jumpa lagi. In syaa Allah.

 

Ebook Magnet Rezeki

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge