SEO Cara Murah Dan Berkesan

Search Engine Optimization adalah cara yang terbaik untuk menarik pengunjung melayari

thumbnail

Search Engine Optimization adalah cara yang terbaik untuk menarik pengunjung melayari laman web anda. Jika dipraktikkan cara mengoptimasi web anda melalui kaedah SEO ia bakal meningkatkan pendapatan secara konsisten. Ramai pakar pemasar internet dari dalam dan luar negara menggunakan kaedah ini untuk meningkat jumlah pengunjung website. Walaubagaimanapun jika anda tidak mendalami dan mempraktikkan kaedah ini dengan cara yang betul ia boleh menelan kos beribu ringgit.  

Di sini saya ingin berkongsi cara murah untuk melakukan SEO. Jika ia membantu anda ini bermakna anda telah berjaya melakukannya dengan cara yang betul. Tetapi ada beberapa cara yang saya kongsikan dibawah memerlukan sedikit usaha yang lebih sedikit. Berikut adalah beberapa caranya…

  1. Pertukaran Link
    Satu cara murah melakukan SEO dan bakal memperolehi keputusan yang baik adalah melalui pertukaran link. Anda boleh bertukar link website anda dengan pemilik lain. Jika anda bernasib baik cara ini mungkin tidak memerlukan apa-apa bayaran. Anda hanya perlu hubungi pemilik laman website dan minta izin untuk melakukan pertukaran link untuk diletakkan dalam website masing-masing. Jika anda berjaya melakukannya website anda telah mula dioptimize dan berpotensi meningkatkan jumlah pengunjung melayari laman web anda kelak.
  2. Menulis Artikel Bersandarkan Keyword Yang Baik
    Penulisan artikel yang benar-benar bermanfaat bersandarkan keyword yang kaya ataupun keyword yang berpotensi ditaip pelayar internet di enjin carian, bakal membuatkan perniagaan internet anda menjadi lebih baik dari sebelumnya. Pernulisan artikel boleh dilakukan dengan cara anda menulisnya sendiri ataupun anda ambil di mana-mana laman direktori artikel dan masukkan ke laman web anda TANPA membuang link pemilik asal yang telah menulis artikel itu.

    Cuba hindari meletakkan keyword yang tidak dicari atau paling mudah keyword yang tidak sesuai untuk artikel anda demi mengelakkan pengunjung merasa bosan membaca artikel anda. Artikel yang sentiasa dikemaskini serta baru akan menentukan pengunjung akan terus melayari laman web anda seterusnya ataupun tidak.

  3. Nama Domain Yang Menarik
    Apa yang menyebabkan pengunjung sentiasa melayari laman web anda adalah melalui nama domain yang mudah diingati. Di sini saya ingin sarankan untuk anda menamakan domain daripada keyword utama anda. Biarkan namanya pendek serta senang diingati untuk meningkatkan nilai terbaik pada laman web anda. Untuk mendaftar nama domain anda bukanlah percuma tetapi kretiviti yang anda akan wujudkan adalah penentunya.
  4. Menyediakan Navigasi
    Tujuan penyediaan navigasi di laman web adalah untuk memudahkan pengunjung laman web anda untuk mencari informasi yang lain. Ini secara objektifnya dapat meningkatkan aliran trafik ke laman web anda. 

SEO cara murah ini sentiasa berubah-ubah seperti mana pendekatan lain dalam teknologi maklumat. Terdapat banyak kaedah lain yang boleh menempatkan laman web ada pada ranking 10 teratas di Google atau mana-mana enjin carian yang lain. Sesetengah kaedah memerlukan pelaburan yang tinggi bagi mendapatkan hasil yang baik walhal dengan kos yang murah juga boleh memberi kesan yang sama pada trafik sepertimana cara yang saya kongsikan di atas.

Selamat mencuba ! Jumpa lagi pada post yang lain yer. 

Sekian. Terima kasih.

LEAVE A COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge