Strategi Bebas HUTANG Paling Praktikal

Kredit gambar : National Debt Relief Siapa yang tak nak hidup

bebas-hutang

Kredit gambar : National Debt Relief

Siapa yang tak nak hidup mereka bebas dari HUTANG kan. Semua manusia mahukan perjalanan kehidupan mereka benar-benar BEBAS dari hutang. Kebebasan hidup yang cukup menenangkan sekiranya dapat bebas dari hutang. Pasti sesak dada kita bila mana memikirkan hutang-hutang tertunggak yang perlu dilangsaikan.


Adakah hutang adalah satu jalan untuk meneruskan kehidupan ?

Islam mengharuskan perkara hutang TETAPI meWAJIBkan umatnya melangsaikan hutang eperti mana yang telah dijanjikan.

Nak tak nak kita perlu melangsaikan hutang selagi kita masih dikurniakan kudrat dari Allah.

Saya masih ingat dan saya yakin anda juga tahu dan pernah dengar tentang hadith dari baginda Rasulullah Sollallah Hua’laihi Wasallam tentang 5 perkara. Dari Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
1. Masa sihat sebelum sakit.
2. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
3. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
4. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan
5. Masa hidup sebelum tiba masa mati.

( Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi )

Berikut saya kongsikan tip MELANGSAIKAN hutang hasil perkongsian daripada seorang blogger bernama Mohd Zulkiflie Shafie. Dihujung post ini saya kongsikan laman blog beliau untuk rujukan anda. Beliau telah mencapai impian bebas dari hutang sejak dari 2007 lagi.

Sebagai muqadimah saya quote sedikit penulisan beliau di blog beliau seperti di bawah.

Sejak tahun 2003 lagi saya berazam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan dan Car Loan. Lepad berhempas pulas selama 4 tahun, Alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hati tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ini

4 Prinsip dan 7 Strategi LANGSAI Hutang

4 PRINSIP tersebut adalah :

  1. Beli sesuatu secara TUNAI. Jika belum mampu sabarlah dan terus menyimpan.
  2. Hidup di bawah kemampuan BUKAN ikut kemampuan. Jika pendapatan RM1,000 belanja pun RM1,000. Bila pendapatan bertambah menjadi RM10,000 perbelanjaan pun menjadi RM10,000. Ini namanya hidup ikut kemampuan. Gaya hidup begini umpama berada di tebing ‘gaung hutang’ yang dalam. Sangat berbahaya. Hidup di bawah kemampuan, tidak begitu. Berbelanja mengikut keperluan bukan kemahuan. Barulah ada baki untuk disimpan.
  3. Mulakan tabiat meyimpan walaupun sedikit. Apa pun perlukan latihan. Meyimpan juga begitu. Jika rasa berat meyimpan setiap bulan, menabunglah setiap hari. Mula menabung RM2 sehari dihujung bulan dapat menyimpan RM60. Bila sudah biasa, meyimpan RM200 sehari pun rasa biasa saja. Semua orang boleh meyimpan kerana, ia BUKAN soal jumlah, tetapi soal TABIAT. Dan tabiat menyimpan adalah tabiat orang-orang yang berduit.
  4. Bina pendapatan kedua. Saya berpendapat anda faham dan tahu kenapa perlu usaha menjana pendapatan kedua. Libatkan diri dalam bisnes, BUKANnya skim-skim bisnes. Jika anda ingin membina pendapatan pasif hanya menggunakan handphone sila dapatkan maklumat daripada saya.

Manakala 7 STRATEGI yang beliau amalkan pula adalah seperti berikut :

  1. JANGAN buat hutang lagi.
  2. LANGSAIKAN hutang yang interestnya paling tinggi dulu.
  3. BUKA dana ‘full-settlement’ hutang
  4. GUNA duit ‘durian runtuh’ seperti bonus untuk langsaikan hutang.
  5. SIMPAN duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam dana ‘full-settlement’ hutang.
  6. Bila sudah selesai satu hutang, simpan ansuran bulanan seterusnya ke dalam dana ‘full-settlement’ hutang.
  7. Bayar hutang secara AUTOMATIK.

KESIMPULAN

Kesemua prinsip dan strategi bebas hutang yang dikongsikan oleh Mohd Zulkifli Shafie (Zul) ini anda boleh tiru dan cuba lakukan secara serius. Tip-tip ini telahpun terbukti berkesan dan anda pasti setuju dengan tip yang dikongsikan ini. Apa yang harus kita lakukan adalah praktis terus segala tip ini.

Semoga perkongsian pada post kali ini membantu anda dan saya untuk melangsaikan hutang secepat mungkin supaya hidup lebih bahagia dan tenang kelak.

Oh yer…untuk alamat blog beliau anda boleh layari di www.mohdzulkifli.com. Semoga bermanfaat. Sekian.

Terima kasih.

LEAVE A COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge