Tips Melakukan Pelaburan Hartanah Tanpa Modal

Memiliki kediaman sendiri adalah impian setiap orang yang normal dalam dunia

thumbnail

Memiliki kediaman sendiri adalah impian setiap orang yang normal dalam dunia ini. Sebahagiannya ada yang ingin menambah aset rumah sebagai satu pendapatan pasif suatu hari nanti. Manakan tidak jika sekadar bekerja tetapi tidak memperolehi kediaman sendiri atau hanya sekadar menyewa.

Nasihat daripada pakar hartanah menyatakan memiliki aset rumah adalah satu pelaburan yang baik kerana kedudukan harganya meningkat dari tahun ke tahun. Jika dilihat ia secara keseluruhan, membeli aset dalam bidang hartanah merupakan satu  perancangan jangka panjang yang sangat baik.


Saya ingin berkongsi kepada anda 3 tips melakukan pelaburan hartanah TANPA modal dan ia sebenarnya telah dikongsikan oleh seorang pakar pelabur bidang hartanah tanpa modal no #1 Malaysia iaitu saudara Saufi Karim ataupun dikenali sebagai SK dikalangan usahawan online Malaysia.

 

3 Tips Melakukan Pelaburan Hartanah Tanpa Modal

 

1) Cari Pemaju Perumahan Yang Menawarkan 10% Diskaun

  • Selain memikirkan tempat yang strategik, pencarian untuk tawaran diskaun ini pasti dapat menjimatkan wang anda.
  • Anda TIDAK perlu membayar muka yang tinggi sebagai permulaan pembelian.
  • Ia dianggap satu inovasi yang baik oleh pihat pemaju.

2) Beli Rumah Yang Menawarkan Diskaun 5% ~ 7%

  • Pilihan yang wajar JIKA sukar mendapatkan pemaju yang menawarkan diskaun 10%.
  • Satu penjimatan yang besar juga jika harga rumah RM500,000 nilai penjimatan untuk 5% adalah sebanyak RM25,000. Satu penjimatan yang BESAR !

3) Beli Rumah Subsale Dengan 100% Pinjaman

  • Teknik yang berkesan dan harganya masih mampu anda beli.
  • Bincang dengan penjual/pemilik supaya anda boleh memaksimakan pinjaman 100%
  • Teknik yang terbukti dan ia telah dibongkarkan oleh pakar yang saya sebutkan di atas tadi. Untuk ketahui secara lanjut apakah idea yang beliau praktikkan sila baca selanjutnya DI SINI.

 

Saya harap dengan sedikit tip di atas mampu membuka minda anda untuk melakukan pelaburan hartanah pertama kelak. Semoga memberi menafaat kepada anda.

Jumpa pada post yang lain. Sekian. Terima kasih.

 

1 Comment(s)

  1. Buat Duit Online | May 28, 2013

    Isu nie dah makin meluas di bincangkan .. terima kasih kepada admin blog nie.

    .. artikel awak menjelaskan hal nie dengan lebih baik… tahniah
    Buat Duit Online recently posted…Buat Duit OnlineMy Profile

LEAVE A COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge