Zero Ilmu Bisnes Internet ? Mungkin Idea Ini Menarik Untuk Anda !

Salah satu masalah yang bermain-main dalam fikiran anda yang baru berkecimpung

Salah satu masalah yang bermain-main dalam fikiran anda yang baru berkecimpung dalam dunia bisnes internet adalah cara bagaimana membina perniagaan internet dengan cara yang betul dan tepat.

Mungkin selama ini anda mempunyai pengalaman pernah ditipu oleh ramai usahawan yang mengaku sebagai pakar bisnes internet tapi ilmu yang mereka sampaikan tidak menepati sasaran yang anda inginkan.

 

Sebagai contoh…anda ingin menjual produk kecantikan dan anda ingin tahu apakah teknik terbaik untuk jual produk kesihatan anda melalui internet. Anda mula search apa-apa maklumat di Google. Anda mula pening dan tak tahu yang mana satukah teknik perniagaan internet yang betul-betul memberi impak kepada jualan produk kecantikan anda.

Tup..tup…anda jumpa satu mentor yang anda rasa sesuai untuk anda belajar bina bisnes internet anda sendiri dari A-Z. Setelah anda praktikkan semua ilmu yang diajar anda tetap sukar nak jual produk kecantikan anda tu.

.

Sebenarnya ada satu masalah penting yang anda perlu mahir dan ambil tahu dalam dunia bisnes inernet ini. Ada segelintir orang yang suka buat bisnes hanya guna internet sahaja, ada juga yang lebih selesa berbisnes secara offline dan ada juga yang suka buat kedua-duanya secara ONLINE & OFFLINE.

 

Baiklah….sebelum saya pergi secara lanjut, saya suka kongsikan konsep 4P sebagai asas sebelum membina bisnes internet. Kalau konsep 4P ini anda faham, anda boleh berjaya dalam masuk ke arena sebenar bisnes internet. Bagi saya ia ibarat kunci sebelum masuk ke gerbang dunia bisnes internet yang sebenar.

 

 

Konsep 4P yang perlu anda faham adalah …

1) Produk

Bila sebut perniagaan, produk adalah ‘P’ yang pertama. Tanpa produk tiadalah nama perniagaan. Sedangkan menjual insuran juga mempunyai produk-produknya tersendiri mengikut pakej-pakej yang telah disediakan.

Produk boleh jadi produk fizikal, digital ataupun servis.

Anda boleh buat pilihan untuk mencipta satu produk jenama anda sendiri ataupun produk orang lain. Apa yang penting sebelum memulakan perniagaan, anda perlu tentukan produk apakah yang anda ingin jual !

.
2) Platform

Sekiranya anda ingin melakukan bisnes internet secara online, anda memerlukan platform untuk anda menjual produk. Anda perlu memiliki website untuk anda meletakkan produk anda. Anda boleh perolehi website secara percuma ataupun berbayar. Terpulang kepada anda.

Dengan adanya website memudahkan bakal pelanggan anda bertandang,melakukan pembelian,melakukan pertanyaan tentang produk anda,dan banyak lagi.

Platform kedua ialah dengan menggunakan media sosial seperti facebook,twitter,pintrest, instagram dan banyak lagi. Gunakan kelebihan media sosial ini untuk menarik minat pelanggan dan bakal pelanggan anda.

Sebarkan produk dengan cara yang betul untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan dimasa akan datang.

.
3) Pembayaran

Setiap perniagaan di internet memerlukan satu platform yang memudahkan bagi pelanggan untuk melakukan pembayaran. Mudahkan pelanggan !….Ya…mudahkan pelanggan untuk membayar produk anda hanya dengan mengikuti beberapa langkah mudah.

Tunjuk dan terangkan kepada mereka cara membuat pembayaran semudah ABC.

Gunakan skrip borang dan letakkan di website pembayaran anda, supaya mudah pelanggan mengisi maklumat pembayaran. Buatkan pelanggan rasa selesa untuk membayar hanya dengan beberapa klik sahaja.

Jika anda menggunakan platform seperti media sosial pastikan akan memberikan panduan dalam bentuk arahan mudah contohnya seperti dibawah..

.
a) Untuk melakukan pembelian produk XXX sila SMS dan taipkan mesej”XXXX XXXX” dan hantar ke 016 XXX XXXX.

b) Untuk melakukan pembelian produk Sila Pm Kami di http:/XXXXXXX/XXXXX untuk langkah-langkah seterusnya.

.
4) Pemasaran

‘P’ yang  terakhir pula adalah pemasaran.  Dalam bisnes internet anda perlu menyediakan bahan pemasaran yang lengkap kepada pelangan atau bakal pelangan anda seperti gambar,video,testimoni dari pelanggan yang telah menggunakan produk,penerangan produk dan banyak lagi.

Perkenalkan serba sedikit latar belakang anda di website anda agar pelanggan lebih mengenali dengan siapakah mereka berurusan. Orang kata “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”.

Anda perlu sentiasa ingin kongsikan manfaat produk anda dan niatkan juga dalam diri anda bahawa anda mahu menyelesaikan masalah orang lain dan bukan memikirkan keuntungan semata mata saja.

Bermanfaat tak ?

 

Nak Belajar Bisnes Internet Secara PERCUMA Hanya Di Rumah ?

Bagi anda yang baru (newbie) berkecimpung dalam bidang bisnes internet dan mempunyai masalah rujukan ilmu terbaik bagaimana membina bisnes internet dengan kaedah yang betul, mungkin cadangan saya ini berguna untuk anda. Nak buat bisnes internet tidak boleh main hentam keromo jer ! Silap-silap anda perlu menanggung kerugian besar jika tidak praktikkan ilmu bisnes internet yang betul.

.

Bukankah ia satu peluang yang istimewa apabila ada panduan yang berkesan dan terbaik untuk membina bisnes internet anda sendiri. Bila sebut nak bisnes bunyi macam senang TAPI nak mendapatkan untung dengan teknik yang berkesan, itu kita perlu belajar.

.

Rakan usahawan saya bernama Tuan Rahman Basri merupakan usahawan tempatan yang berjaya kini sedang giat mengedarkan CD Belajar Bisnes Internet secara percuma kepada anda yang baru dalam dunia perniagaan internet. Dengar cerita peluang ini dibuka TERHAD, sementara stok CD masih ada!

Bukan itu sahaja, anda turut menerima satu laporan Sistem Jualan Pro bernilai RM47, dimana laporan ini akan membongkar rahsia beliau sendiri sendiri menjana RM11,300 dalam masa 12 hari hanya dari rumah. Sekurang-kurangnya anda bakal mendapat pendedahan awal cara dan teknik berkesan menjana keuntungan dalam dunia bisnes internet. Inilah sebenarnya peluang yang paling menarik dalam banyak-banyak tawaran yang saya kongsikan dan yang penting ia percuma.

.

Saya cadangkan anda grab cepat peluang ini sementara masih dibuka !

.

Jika anda berminat nak dapatkan CD Bisnes Internet – Panduan Memulakan Bisnes Digital di Internet Hanya Dari Rumah, sila daftar NAMA & EMAIL anda di www.JualaPro.com sekarang ! (Sementara stok CD masih ada)

gambar-cd-bisnes

LEAVE A COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge